MENU
  1. ADAKAH MAJLIS BOLEH MENAHAN PERMOHONAN PEMILIK?

    - Ya, boleh.

  2. JIKA ANDA TIDAK MAMPU BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?

    - Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Bahagian Hasil MPSPK untuk membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

  3. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH / TANAH KOSONG?

    - Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

  4. APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI?

    - Anda hendaklah membuat lapor kosong setiap tahun kepada pihak Majlis bangunan anda kosong dan tidak didiami. 50 % atas cukai yang dikenakan.

  5. MENGAPA CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?

    - Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:- Jenis bangunan Keluasan lantai Lokasi Bahan-bahan pembinaan Kegunaan

  6. JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?

    - Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!

  7. APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BIL-BIL TIDAK DITERIMA?

    - Sila datang ke Bahagian Hasil MPSPK untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :- Maklumat Lengkap atau No. Akaun (Jika ada) atau Bawa bil lama untuk rujukan

  8. BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN DIKENAKAN DENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH?

    Bayar segera sebelum 28hb. Februari bagi penggal pertama sebelum – 31hb. Ogos bagi penggal kedua.

  9. APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT?

    - Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut : Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis. Denda sebanyak RM2 Per penggal daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut Seksyen 147(1). *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan.

  10. BILA PERLU DIBAYAR?

    - Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu : ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari. ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun. Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj RM2 Per penggal.

  11. KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

    - Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

  12. SIAPAKAH PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?

    - Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

  13. APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

    - Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.