MENU
  • Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya menimbang kes-kes rayuan tersebut di mana;
  • Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai Pembantah, Pemohon, Pemilik atau Pengguna merasa terkilan.
  • Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.