MENU

 

Hutan Lipur Rekreasi Tupah

Taman Jubli Perak

Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah. Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan adalah seperti surau, tandas awam dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria disamping menikmati kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

 

 

 

 

Taman Jubli Perak ini terletak di dalam Pusat Bandar Sungai Petani. Taman ini sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti berjogging, bersenam dan beriadah. Trek untuk aktiviti berjogging dan jalan kaki juga disediakan dengan dikelilingi pokok-pokok yang besar yang menghijau di mana pengunjung akan merasakan seperti berada di dalam hutan dan udara sekeliling yang nyaman akan membuat pengunjung merasa lebih tenang. Selain daripada kawasan untuk berjogging, terdapat padang golf yang terletak bersebelahan dengan taman ini. Taman permainan juga disediakan bagi golongan kanak-kanak. Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti Perpustakaan Awam, Gimnasium Rakyat, Tandas Awam, Medan Selera dan Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak bersebelahan sahaja.

 

 

Gunung Jerai

Taman Tema Air, The Carnivall

Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang terdapat di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Dengan ketinggian 2 107 meter, kemuncak gunung ini memaparkan satu pemandangan yang indah lagi mengkagumkan. Kedudukan Gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Terdapat kemudahan penginapan iaitu Hotel Regency Jerai Hill Resort. Terdapat juga tempat menarik untuk dilawati seperti Padang Tok Syeikh, Telaga Tok Syeikh dan Ladang Kulat.

 

The Carnivall ini mengambil masa 15 minit dari pusat bandar dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Taman air ini sebenarnya terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort. Bayaran untuk menikmati segala keseronokan disini amat berpatutan. Dengan keluasan 7 hektar, pelbagai keseronokan terdapat di sini dan anda boleh menikmati pelbagai permainan yang disediakan.