MENU

PERKHIDMATAN TEKSI AIR MPSPK

Perkhidmatan Teksi Air menyusuri Sungai Merbok merupakan satu tarikan baharu di Sungai Petani, Kedah. Pelancong yang datang ke sini berpeluang untuk menikmati keindahan panorama hutan bakau dan juga berpeluang mengunjungi lokasi-lokasi menarik sepanjang Sungai Merbok.

Teksi Air merupakan sebuah bot yang diuruskan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) bermula dari Jeti Semeling dan akan berhenti di Pantai Merdeka dan seterusnya ke Tanjung Dawai untuk memberi peluang kepada penumpang untuk membeli-belah kemudian berpatah balik ke Jeti Semeling. Penumpang akan menempuh perjalanan yang menyeronokkan sepanjang 36 kilometer membabitkan perjalanan selama 2 jam setengah.

Untuk mengetahui Kadar Tambang dan Jadual Perjalanan Bot MPSPK, sila klik >>di sini<<