MENU

IDENTITI BANDAR SUNGAI PETANI

 

Sungai Petani merupakan Bandar kedua terbesar di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang mengalami pertumbuhan pesat dan banyak diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang dialaminya. Selaras dengan itu pihak Majlis juga sedang menuju ke arah bandar dalam taman dengan usaha-usaha untuk mempercantikkan persekitarannya. Pihak Majlis juga akan memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang meliputi bunga, burung dan pokok.

BENDERA NEGERI KEDAH

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

 

LAMBANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri (Beras).

Bulan sabit melambangkan agama Islam.

Perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.