MENU

SYARAT-SYARAT AM SEWAAN AUDITORIUM & DEWAN

i. Mengisi borang permohonan yang boleh didapati di ibu pejabat atau dari laman sesawang http://www.mpspk.gov.my
ii. Sila kemukakan borang permohonan anda untuk diproses.
iii. SYARAT WAJIB : Membuat BAYARAN DEPOSIT untuk tujuan pengesahan tempahan dalam tempoh 7 HARI BEKERJA. Kegagalan pihak tuan/puan, tempahan auditorium/dewan akan terbatal dengan sendirinya.
iv. SYARAT WAJIB : Membuat BAYARAN PENUH sewaan auditorium/dewan satu minggu atau 7 HARI SEBELUM tarikh aktiviti bermula. Kegagalan pihak tuan/puan, tempahan auditorium/dewan akan terbatal dengan sendirinya. BAYARAN AWAL sewaan auditorium/dewan dialu-alukan. Bayaran sewaan adalah termasuk kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%. Pihak MPSPK memberi jaminan bahawa akan kekal dalam semua masa relevan kepada perjanjian ini berdaftar untuk GST.
v. Hanya permohonan yang diluluskan sahaja akan dibenarkan mengguna auditorium/dewan MPSPK.
vi. Kegagalan mematuhi tarikh/masa dengan sendirinya tempahan akan dianggap batal dan wang tidak akan dikembalikan.
vii. Larangan ke atas penyewa :-
  a) Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain.
  b) Penyewa dilarang keras membawa masuk makanan dan minuman yang haram disisi agama Islam.
  c) Penyewa dilarang memasak di dalam auditorium/dewan atau melakukan perkara yang boleh merosakkan/mengotorkan auditorium/dewan.
  d) Dilarang merokok di dalam kawasan auditorium/dewan.
  e) Patung atau berhala bagi tujuan keagamaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam auditorium/dewan.
  f) Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.
  g) Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada auditorium/dewan tanpa kebenaran pihak MPSPK.
viii. Bagi tujuan pementasan dan persembahan hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
ix. Penyewa bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar auditorium/dewan ini semasa dan selepas penggunaan.
x. Sebarang kerosakan atau kehilangan perlulah diganti.
xi MPSPK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan/kecederaan/kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan/penyewaan auditorium/dewan.
xii. MPSPK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan/kehilangan mana-mana kenderaan yang diletakkan di perkarangan meletak kenderaan.
xiii Pihak Majlis berhak mengambil sebarang tindakan terhadap penyewa sama ada memotong wang cagaran atau lain-lain tindakan, sekiranya terdapat mana-mana syarat sewaan auditorium/dewan yang tidak dipatuhi.
xiv. Wang cagaran akan dikembalikan setelah MPSPK mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi.
xv. Wang deposit akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan akibat penyewaan/pengunaan auditorium/dewan.
xvi. Wang deposit akan ditahan sekiranya auditorium/dewan tidak dibersihkan sempurna selepas penggunaan.
xvii. Untuk tuntutan balik wang deposit, sila dapatkan borang dan mengisi borang tuntutan balik wang pertaruhan secara EFT dengan lengkap semasa tuntutan wang deposit dibuat. Sila kemukakan Resit Asal Wang Deposit bersama satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan satu (1) salinan nombor akaun penyata bank.
xviii. Penyewa adalah diberi tempoh enam (6) bulan untuk membuat permohonan tuntutan semula wang deposit dari tarikh tamat penyewaan dan sekiranya gagal membuat tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan, maka MPSPK berhak melucut hak wang deposit tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun hasil Majlis.
xix. Pihak MPSPK berhak membatalkan kebenaran penggunaan auditorium/dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
xx. Yang DiPertua MPSPK boleh mengikut budi bicaranya meminda jadual dari semasa ke semasa.