MENU

MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di Kedah Darul Aman serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

Bil.

No. Sebut Harga

Projek

Syarat Pendaftaran

Pautan Dalam Talian (Wajib Diisi)

Tempoh dan Tarikh Bagi Mengisi Borang Dalam Talian

1.

36/2020 (KEJ)

Memasang Lampu Jalan di Jalan Utama Hadapan Perindustrian Ayam Didik dan PKNK, MP Sungai Petani

CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred G2 & G3

Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21

Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)

tinyurl.com/boranglawatantapakelektrikal

Buka

8.00 pagi

(13/05/2020)

 

Tutup

12.00 tengah hari

(14/05/2020)

 

Mengisi borang lawatan tapak secara dalam talian adalah diwajibkan. Hanya kontraktor yang mengisi borang sahaja akan dihubungi untuk dimaklumkan masa dan sesi pembelian dokumen dan pendaftaran kontraktor (sekiranya belum mendaftar dengan MPSPK).

Kontraktor-kontraktor yang dihubungi hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) pada tarikh yang dimaklumkan dengan membawa bersama dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Harga Dokumen : RM 10.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Laluan Auditorium Aras 1, Menara MPSPK mengikut masa dan sesi yang akan dimaklumkan melalui telefon dan email seperti yang diisi di dalam borang dalam talian. Kontraktor yang gagal hadir pada sesi yang ditetapkan dianggap tidak berminat.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 21 Mei 2020 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.