MENU

MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
 

INFO PERMOHONAN BAYARAN BALIK TAPAK NIAGA BAZAR RAMADHAN TAHUN 2020

Susulan pengumuman Kerajaan Negeri Kedah berkenaan pembatalan Bazar Ramadhan Tahun 2020 dan keadaan negara yang terkesan dengan wabak Covid-19 serta tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, MPSPK memutuskan untuk memudahkan proses pemulangan balik hasil niaga tapak Bazar Ramadhan Tahun 2020.

Borang Permohonan

  • Isi borang atas talian di https://tinyurl.com/bazarmpspk
  • Borang permohonan boleh diisi mulai 6 April 2020 hingga 9 April 2020
  • Sila pastikan semua butiran yang diperlukan diisi dengan BETUL bagi memastikan proses pembayaran dapat dibuat

 

Penghantaran Borang

  • Borang yang LENGKAP hendaklah dihantar secara atas talian

 

Pengesahan Bayaran

  • Setiap borang permohonan akan disemak dan disahkan oleh Bahagian Pelesenan MPSPK bagi memastikan borang yang LENGKAP sahaja akan diproses

 

Cara Bayaran Balik

  • Permohonan yang LENGKAP dan DISAHKAN akan dibayar / dikreditkan terus ke akaun bank pemohon bermula 09 April 2020 hingga 14 April 2020
  • Pemakluman bayaran akan dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit pemohon
  • Sila hubungi 04-4296739 untuk pertanyaan berkenaan bayaran balik
  • Sila hubungi 04-4296756 / 6757 / 6758 untuk pertanyaan status bayaran