MENU

NOTIS PEMBERITAHUAN

NOTIS MEMULAKAN KERJA-KERJA PENYEDIAAN SENARAI NILAIAN BARU HARTA-HARTA BERKADAR DI DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI DI BAWAH SEKSYEN 137 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171)

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri Kedah Darul Aman telah mengambil keputusan di bawah Sek. 137 Akta Kerajaan Tempatan bahawa Senarai Nilaian Baru perlu di buat untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah (Majlis Perbandaran Sungai Petani).

Pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani akan melaksanakan sendiri tugas-tugas penyediaan Senarai Nilaian Baru dan pegawai- pegawai yang dilantik serta diberi kuasa akan membuat lawatan pemeriksaan untuk kerja-kerja mengukur periksa ke atas harta-harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Kerja–kerja mengukur periksa ini akan bermula pada 1 Disember 2019. Semasa kerja mengukur periksa dijalankan, pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sungai Petani akan memakai tanda nama mereka; Tuan/Puan diminta menyemak kad-kad kuasa sebelum memberi kebenaran masuk kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Tuan/Puan adalah diminta memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai ini apabila mereka datang ke rumah, premis dan hartanah Tuan/Puan dengan memberi maklumat yang diperlukan supaya pernyataan yang betul dan tepat dapat dipastikan. Sukalah diingatkan bahawa mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Sek. 140(1) dan (2) (a), (b), (c) adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu atau menghalang pegawai-pegawai ini dari membuat pemeriksaan dan mengukur harta benda yang hendak diperiksa.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan sangatlah dihargai.

Dengan Perintah
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani

Terima Kasih