MENU


KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG
1. SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEKALAN AM UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN 32/2019 (PER)

090101
atau
090199

 

HARGA DOKUMEN:   RM 10.00   SENASKAH (TUNAI)

 

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Seksyen Perolehan, jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 08 OKTOBER 2019 pada hari dan waktu seperti di bawah:-

Ahad hingga Rabu : 8:15 pagi hingga 12:45 tengah hari
2:15 petang hingga 4:45 petang
Khamis : 8:15 pagi hingga 12:45 tengah hari
2:15 petang hingga 3:15 petang

 

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

 

Tarikh tutup sebutharga ialah 15 OKTOBER 2019, 12:00 tengah hari. Dokumen Tawaran Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebutharga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.