MENU

PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  a) Warganegara Malaysia;
  b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  c) i)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00); atau

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM 1,408.40); atau
    iii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,464.80)
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.