MENU

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
(KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA BIDANG TEKNOLOGI PENGATURCARAAN KOMPUTER (PROGRAMMING))

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  a) Warganegara Malaysia;
  b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  c) i)

Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM 1,549.00); atau

    ii) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM 1,549.00); atau
    iii) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM 1,855.00); atau
    iv) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gaji FA29 : RM 1,929.89).
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.