MENU

UJIAN KEMAHIRAN ICT 2019

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Puan Norazuwa binti Pissal dan dibantu oleh Cik Nur Farzana binti Dato' Haji Nordin selaku Ketua Seksyen Sumber Manusia telah mengadakan Ujian Kemahiran ICT bagi calon-calon yang berjaya tapisan pertama untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 September 2019 ( Isnin )

Masa : Sesi 1 : 9:30 pagi -11:30 pagi
Sesi 2 : 3:00 petang -5:00 petang

Tarikh: 3 September 2019 ( Selasa )
Masa : Sesi 3 : 9.30 pagi -11:30 pagi
Sesi 4 : 3:00 petang -5:00 petang

Tempat: Makmal al-Khawarizmi, Blok Akademik, INTURA 08000 Sungai Petani, Kedah.

Seramai 129 orang jumlah calon yang berjaya pada tapisan pertama telah menghadiri Ujian Kemahiran tersebut. Terima kasih kepada semua calon yang hadir dan memberikan kerjasama yang terbaik sepanjang proses ujian tersebut berlangsung.