MENU

UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN 2019

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Puan Norazuwa binti Pissal yang dibantu oleh Cik Nur Farzana binti Dato' Haji Nordin telah mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dikendali dan dinilai sepenuhnya oleh Kementerian Belia Sukan (KBS) Alor Setar.

Tujuan ujian tersebut adalah untuk calon-calon yang berjaya tapisan pertama bagi jawatan Pembantu Awam Gred H11 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Ogos 2019 ( Rabu )
Masa : 8:00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Bankuet Aras 6, Menara MPSPK Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah.