MENU

Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Sungai Petani telah menganjurkan Program Bual Bicara Pelancongan Kuala Muda 'Tourism Talk'.

Program yang bermula jam 9:00 pagi tadi berlangsung di Auditorium, MPSPK dihadiri seramai 350 pelajar dari sekolah menengah di daerah Kuala Muda / Yan termasuk guru iringan.

Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia dijemput sebagai ahli panel. Beliau membentangkan tajuk Warisan Arkeologi di dalam program tersebut.