MENU

PROGRAM PEMANTAPAN PENGUATKUASAAN DAN PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN 2019

Ketua Bahagian Undang-Undang, Cik Nurul Shashabilla binti Ahmad Sukri bersama kakitangan Jabatan Perancangan, Kejuruteraan, Penguatkuasaan, Bangunan dan OSC telah mengadakan Program Pemantapan Penguatkuasaan dan Penyediaan Kertas Siasatan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 - 29 Ogos 2019 ( Ahad - Khamis )
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Majlis Perbandaran Klang, Bangunan Sultan Alam Shah Jalan Perbandaran, 41675 Klang, Selangor.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memantapkan kerja-kerja penyiasatan dan penguatkuasaan, memantapkan penyediaan kertas siasatan untuk pendakwaan dan memberi pendedahan kepada pegawai majlis untuk persediaan sebagai saksi di mahkamah.

Seramai 14 orang kakitangan yang mengikuti program tersebut terdiri kakitangan pelbagai peringkat gred dan jabatan dalaman yang berkaitan.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Klang atas kesudian memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman kepada MPSPK.