MENU

MPSPK telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan miskin yang diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 5 Jun 2018 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang - 9.00 malam
Tempat : Dewan Kenangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah

MPSPK telah mencari seramai 200 orang anak-anak yatim dan miskin dalam kawasan Sungai Petani melalui kaedah rumah ke rumah bagi mencari anak-anak tersebut untuk dirai dan merasai suasana membeli barangan Hari Raya.

Tidak ketinggalan juga pemaju-pemaju, pasaraya MYDIN dan pihak Zaque's Group of Company turut serta dalam majlis tersebut bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan miskin dengan memberikan sumbangan Aidilfitri.