MENU

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT INTERPRETASI PELANCONGAN MPSPK 2019

Jabatan Pembangunan Masyarakat yang diketuai oleh Encik Mohd Amin bin Ali dan dibantu oleh Encik Mohd Farid bin Ismail telah menerima lawatan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dalam negeri Kedah yang telah menyertai Program Perkhemahan Pendidikan Luar dan Alam Semulajadi Peringkat Negeri Kedah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Oktober 2019 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Intepretasi Pelancongan Jeti Semeling, Merbok.

Seramai 120 orang para pelajar telah mengikuti lawatan tersebut dan telah diberikan taklimat oleh pegawai-pegawai MPSPK yang bertugas di kompleks tersebut.

Terima kasih dari pihak MPSPK atas kesudian menjadikan Kompleks Intepretasi Pelancongan sebagai salah satu daripada aturcara program lawatan tersebut.