MENU

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD 2019

Jabatan Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Puan Norazuwa binti Pissal dan dibantu oleh Ketua Seksyen Sumber Manusia, Cik Nur Farzana binti Dato' Haji Nordin telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod yang telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 September - 1 Oktober 2019
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Bankuet Aras 6, Menara MPSPK Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Penceramah yang dijemput adalah dari Jabatan Arkib Negara iaitu;
1. Encik Abdul Jabar Bin Mohamad Ridi, Pengarah Arkib Negara Kedah/Perlis
2. Puan Nur Insyirah Binti Ibrahim

Seramai 106 orang kakitangan dalaman terdiri daripada pelbagai gred jawatan telah menghadiri kursus tersebut yang bertujuan meningkatkan pengetahuan berkenaan pengurusan fail dan rekod, memahami kepentingan penyelenggaraan dan keselamatan rekod kerajaan, cara pelupusan & pemeliharaan rekod kerajaan dan memperkenalkan tatacara yang betul di dalam pengurusan fail dan rekod jabatan.