MENU

MPSPK telah menerima kunjungan daripada Exco Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah, Yang Berhormat Sr. Tan Kok Yew dalam siri lawatan beliau ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bermula pada 10 Jun 2018 sehingga 12 Jun 2018.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan demografi, kewangan, hasil-hasil baru PBT, pembangunan sedia ada dan akan datang serta isu-isu yang tidak selesai dan masih tertangguh di PBT. Ketetapan lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 11 Jun 2018 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Tingkat 5, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah