MENU

KEJOHANAN GOLF " SP 3 IN 1 GOLF CHALLENGE 2019"

MPSPK telah menganjurkan Kejohanan Golf SP 3 in 1 Golf Challenge 2019 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Julai 2019 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Kelab Golf Cinta Sayang, Kelab Golf Permaipura dan Kelab Golf Harvard.

Kejohanan tersebut turut disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin yang disambut oleh Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Pegawai Daerah, Tuan Yang Dipertua MPSPK, Puan Setiausaha MPSPK, Pegawai- Pegawai Kerajaan Negeri serta warga kerja MPSPK.

Seramai 240 orang peserta yang hadir termasuk dari beberapa buah negeri lain yang telah menyertai kejohanan dan memeriahkan kejohanan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta kepada petugas-petugas yang terlibat secara langsung atau tidak.