MENU

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2019 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Tuan Yang Dipertua, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa.,AMK.,BCK bersama Setiausaha, Puan Sunita binti Abdul Aziz.,AMK.,BCK dan pegawai- pegawai dari MPSPK serta Ahli-Ahli Majlis telah menyertai sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia 2019 peringkat Negeri Kedah Anjuran PLANMalaysia@Kedah yang dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Haji Norizan Bin Khazali DSDK.,AMK.,BCK seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 September 2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Pahlawan, Alor Setar, Kedah.

MPSPK telah menerima sijil penghargaan atas komitmen menyertai dengan jayanya Program ‘Green Restoration’ sempena sambutan HPBS 2019 peringkat Negeri Kedah.

HPBS 2019 peringkat Negeri Kedah tersebut yang bertemakan ‘Green & Comunity : Together is Better’ bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan perancang bandar khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti seiring dengan pembentukan masyarakat yang sejahtera.