MENU

Sempena PRU ke 14, Tuan Yang Dipertua MPSPK telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus P015 Sungai Petani, N27 Pantai Merdeka, N28 Bakar Arang dan N29 Sidam dan turut dibantu oleh Tuan Setiausaha dan Pengarah-Pengarah Jabatan dalaman MPSPK yang bertindak sebagai Penolong-Penolong Pegawai Pengurus.

Pada 28 April 2018, telah berlangsung Hari Penamaan Calon yang telah diadakan di Dewan Kenangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani Kedah yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 16 orang calon telah mengemukakan Borang Penamaan Calon untuk bertanding di Parlimen dan Negeri dan secara keseluruhan majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan selesai dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari.