MENU

 

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KEWANGAN

BAHAGIAN HASIL
1. Memastikan semua hasil kutipan (tunai) di bawah kendalian jabatan dibankkan pada hari yang sama manakala kutipan waktu malam / hari cuti dibankkan pada keesokan hari bekerja dalam tempoh satu (1-2) hari bekerja
2. Memastikan data-data cukai taksiran dihantar ke vendor yang dilantik untuk proses cetakan dan penghantaran bil cukai taksiran ke pejabat pos tidak lewat pada 15 Januari bagi penggal pertama dan pada 15 Julai bagi penggal kedua setiap tahun
3. Memastikan permohonan untuk menggunakan petak letak kereta diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

 

BAHAGIAN BAYARAN
1. Cek / baucer bayaran kepada pembekal akan dicetak dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap dan diperakui oleh jabatan
2. Menyediakan Bajet Tahunan Majlis dan menyerahkan ke Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman sebelum atau pada 30 November setiap tahun

 

SEKSYEN AKAUN, PEROLEHAN & STOR UTAMA
1. Memastikan Penyata Kewangan Tahunan Majlis disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara selewat-lewatnya pada 30 April setiap tahun berikutnya
2. Menyediakan surat setuju terima dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima keputusan muktamad Jawatankuasa Sebut Harga / Tender
3. Memastikan pengeluaran barang sedia ada dari stor dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah menerima borang permohonan yang lengkap