MENU

 

PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

1. Memberi nasihat undang-undang secara bertulis yang berkualiti dan selaras dengan perundangan dan dasar kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan tidak memerlukan perbincangan lanjut
2. Menyediakan dana atau menyemak deraf perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan yang lain dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan adalah lengkap dan tidak memerlukan perbincangan lanjut
3. Menggubal atau menyemak undang-undang kecil, perintah dan kaedah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas semua isu perundangan dasar diselesaikan
4. Menyemak kertas siasatan dan memfailkan dokumen pendakwaan di mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kertas siasatan yang lengkap dan izin dakwa daripada pejabat timbalan pendakwaraya diperolehi
5. Memproses penyampaian saman dan waran tangkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen daripada mahkamah
6. Melantik peguam, mengemukakan dokumen dan kertas kausa bagi kes sivil kepada peguam dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap diterima
7. Menyemak deraf notis atau surat yang dikemukakan oleh jabatan dalaman dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan