MENU

Norizan bin Khazali, AMK., BCK
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera…..

Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Selaras dengan peredaran masa, MPSPK komited bagi menyediakan Laman Web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya. Kecanggihan teknologi terkini memungkinkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan dengan pantas, cekap dan tepat.

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan satu institusi di barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Penambahbaikan kualiti perkhidmatan harus menjadi agenda utama dalam segala usaha yang dijalankan supaya bandar Sungai Petani terus maju dan mempunyai daya saing yang kuat. Bertepatan dengan moto MPSPK ‘Transformasi ke Arah Kecemerlangan', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.

Dengan adanya Laman Web ini membolehkan rakyat mengetahui peranan dan fungsi-fungsi MPSPK. Pihak MPSPK mengalukan-alukan cadangan atau idea dari pengunjung-pengunjung Laman Web ini untuk dijadikan inspirasi dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan kepada semua pihak khususnya penduduk Sungai Petani.

Keupayaan Laman Web ini juga akan dipertingkatkan dari masa ke semasa termasuklah dari segi penyediaan perkhidmatan yang interaktif pada masa hadapan. Pihak MPSPK akan lebih proaktif dalam merancangkan pembaharuan-pembaharuan pada masa akan datang melalui kerjasama bersepadu daripada semua pihak.

MPSPK juga telah berjaya memperoleh Penarafan Laman Web Lima (5) Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Pengiktirafan yang membanggakan ini dapat dicapai melalui usaha dan komitmen warga MPSPK.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).